Monday 25 February 2013

Aku sudah buncit

Lama sudah tak update blog ni. Semua gara-gara tekanan selepas keluar dari UTM. Selama hidup aku ni, kejatuhan ini lah yang paling besar aku tempuhi. Aku dah rasa perit hidup. Macam-macam jadi lepas aku keluar UTM, namun, bersyukur la jugak sebab tak melibatkan kematian ke ape ke, huhu, cuma melibatkan keruntuhan keyakinan diri yang kerdil ini.

Gambar time tengah update blog ni


Aku selalu murung. Entah roommate aku kat MMU perasan ke tidak, aku selalu cuba untuk bersendirian dalam bilik, main game sorang2, makan sorg2, tk pergi bilik sebelah cari member ke ape ke. Aku taknak diorang tahu yang aku tengah 'jatuh'. Aku nak merehatkan minda. Lama juga aku murung ni. Nak dekat setahun. Main dota je keje. Study dah tak ingat sebab tension je memanjang.

Result sem 1. Ajaib jugak la


Aku belajar lebih kurang 12 tahun dalam aliran sains, pastu masuk course engineering, last2 drop amek programming. Sape x kecewa. Ayah aku la yang paling kecewa. Harapan untuk anak bongsunya jadi doktor, tak tercapai langsung. Kalau aku jadi dia pun aku sedih tau. Kadang2 aku bermimpi juga... aku drop programming, ayah aku tanggung fee hantar aku study medic kat uni al-azhar. Kadang2 aku tertanya...mimpi itu....boleh jadi kenyataan kah? Namun aku tak cakap apa2 pasal tu dengan ayah, aku teruskan je la dengan programming ni.

Due2 hodoh


Maaf la kalau ayat berterabur. Saya tak merancang penulisan ni. Main tulis je ape yang ade dalam kepala. Hee.

Dah 2013 dah. 2012 dibazirkan begitu je. Sekarang tengah cuti sem. Tak lama lagi aku akan pergi UTM, melawat membe2 sekalian. Lepas tu masuk MMU balik. Dah masuk MMU, aku nak mintak maaf kat rumet kalau dah susahkan dorg ke, buat dorg rase x hepi ke dok ngan aku, selame ni. Tak nak murung2 dah. HUMPH GRR.

Lagi satu, jeles jugak tengok membe ramai2 g oversea. Waaa jeles gile. Nape la aku x apply oversea dulu. Aiyoo. Mungkin sebab aku xde ahli keluarga yang pernah g oversea kot. Takde sape nak menceritakan betapa seronoknya pergi oversea, so tak terlahir niat di hati nak pergi oversea. UUU.

Paling jauh aku pernah pergi pun hanyalah bali cerap di utm. lol

Pastu perut dah buncit. Damnnn nooooo. Tak terlintas di fikiran aku jadi boroi. Padahal keding je dulu. Damnnnnnnnnn.

Apa-apapun, aku nak berubah sedikit demi sedikit. Menjadi rusya yang ideal, seperti yang diidamkan oleh parents selama ni. Aku nak buat lagi ramai kawan (kena belajar bersosial sikit la), nak bawak kereta jumpa farahin, nak kerje ngan windows, dan macam2 lagi. InsyaAllah. Sampai di sini sahaja la penulisan kali ni. Berjumpa lagi di kemudian hari ye readers. Bye bye. Assalamualaikummm

No comments:

Post a Comment